Sejarah Karate Do Papar



     Gambar kenangan dengan Sensei Gary Wong

Persatuan Karate Sabah, Cawangan Papar diperkenalkan dan seterusnya ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Sensei Gary Wong. Bagaimanapun pada tahun 1998 dengan rasminya Persatuan Karate Papar telah diserahkan kepada Sensei Ag.Hashim Mohd Zain dimana beliau adalah salah seorang daripada murid Sensei Gary Wong dan masih lagi aktif sehingga kini. Pada 8hb Ogos 2005, Persatuan Karate Papar telah berdaftar dibawah Malaysia Federation sebagai cawangan. Sensei Ag.Hashim Mohd Zain juga merupakan seorang jurulatih daerah dan juga pengadil negeri.
Acara tahunan termasuklah latihan mingguan seperti berikut:
A).Setiap hari Selasa sehingga Jumaat bermula pada jam 7.00 malam sehingga 9.00 malam.
B).Setiap hari Sabtu bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang.
C).Setiap hari Ahad bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.
D).Latihan khas untuk ibubapa pula diadakan pada Sabtu dan Ahad bermula pada jam 7.00 malam sehingga 9.00 malam.
Persatuan Karate Cawangan Papar juga sentiasa mengambil bahagian di dalam kejohanan negeri mahu pun kejohanan kebangsaan.


Ketua Jurulatih : Sensei Ag Hashim Mohd Zain
 Jurulatih : Sensei Maizatul Afidah Ag Hashim
Jurulatih : Sensei Mahfudz Azeem Ag Hashim
Jurulatih : Sensei Mohd Azreen Ag Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan