Selasa, 30 November 2010

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Hospital Likas 2010

Lawatan ke Hospital Likas sempena hari kanak-kanak sedunia, telah diadakan pada 27hb Nov 2010. Seramai 15 orang ahli terlibat diketuai oleh Sensei Hashim dan Puan Grace Yong. Di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak hospital dan para pesakit, lawatan ini juga bertujuan membuka minda para ahli karate SKA Papar mengenai kemudahan moden serta mendedahkan pelajar tentang keadaan sebenar bidang kedoktoran. Di samping itu SKA papar juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan Karate.








Isnin, 22 November 2010

Lokasi: Papar Dojo
Agenda: Kejutan Hari Jadi Sensei Ag Hashim Mohd Zain
Masa: 7:00 pm - 9.30 pm
Bertempat di dojo SKA Papar beberapa ahli,ibubapa dan keluarga Sensei Ag Hashim telah berpakat untuk memberi kejutan sempena meraikan hari jadi beliau. Walaupun hanya beberapa ahli yang hadir tetapi meriah dengan berjayanya kami membuat Sensei TERKEJUT.... Selamat hari lahir Sensei Semoga di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin ...

Rabu, 17 November 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Sempena Hari Anugerah Cemerlang 2010 Sekolah Kebangsaan Beringis Papar telah menjempunt SKA Papar untuk membuat persembahan Karate pada 13hb November 2010 bertempat disekolah tersebut seramai 12 orang ahli SKA terlibat membuat persembahan KATA perseorangan dan KATA berpasukan.
Turut menyaksikan persembahan tersebut adalah Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Guru-guru, Ibubapa dan murid-murid sekolah.
                                  


KEPUTUSAN KEJOHANAN YANG DI SERTAI ATLET DARI SKA PAPAR

20TH NATIONAL JUNIOR & CADET KARATE CHAMPIONSHIP 2010

Female Team Kata - Silver
1. Deirdre A. David
2. Aloha Dee George
3. Emelda Nanis

Kumite Under 21 -55kg - Silver
1.Mahfudz Azeem Ag.Hashim 

Junior Individu Kata - Bronze
1.Deirdre A. David

Kumite Cadet +54kg - Bronze
1.Aloha Dee George

Kumite Junior -59kg - Bronze
1.Emelda Nanis

Kumite Under 21 -60kg - Bronze
1.Mohd Azreen Ag.Hashim

30TH NATIONAL SENIOR KARATE CHAMPIONSHIP 2010

Kumite -67kg - Silver
1.Mohd Azreen Ag Hashim

Individu Kata - Bronze
1.Mohd Azuhansyah Ag Hashim

KEJOHANAN KARATE JUNIOR/CADET OPEN AND SABAH OPEN PADA 11-12 DEC 2010.

SKA Papar ingin mengalu-alukan para remaja yang berumur 13 keatas untuk mengikuti latihan di Dojo SKA Papar sebagai persiapan untuk mengikuti Kejohanan Karate Kadet & Remaja yang dijangka diadakan pada 11hb dan 12hb Disember 2010.  Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menjalani sesi latihan intensif yang menarik dan menimba pengalaman menjadi atlet yang berjaya.

JADUAL LATIHAN SKA PAPAR

LATIHAN  1
HARI : Setiap hari SELASA dan KHAMIS
MASA : JAM 7.00pm Hingga 9.00pm
YURAN : RM 30.00 Sebulan

LATIHAN  2 ( SPECIAL TRENING )
HARI :  Setiap hari RABU dan JUMAAT
MASA : JAM 7.00pm Hingga 9.00pm
YURAN : RM 50.00 Sebulan

LATIHAN  3
HARI : Setiap hari SABTU ( Jam 2.00pm Hingga 4.00pm
           Setiap hari AHAD ( Jam 10.30am Hingga 12.30 pm
YURAN : RM 30.00 Sebulan

LATIHAN  4 ( KHAS UNTUK IBUBAPA )
HARI : Setiap hari SABTU dan AHAD
MASA : JAM 7.00pm Hingga 9.00pm
YURAN : RM 30.00 Sebulan

*Bayaran sebanyak RM 3.00 akan di kenakan kepada ahli yang menghadiri latihan lebih daripada jadual tersebut diatas.