Selasa, 30 November 2010

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Hospital Likas 2010

Lawatan ke Hospital Likas sempena hari kanak-kanak sedunia, telah diadakan pada 27hb Nov 2010. Seramai 15 orang ahli terlibat diketuai oleh Sensei Hashim dan Puan Grace Yong. Di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak hospital dan para pesakit, lawatan ini juga bertujuan membuka minda para ahli karate SKA Papar mengenai kemudahan moden serta mendedahkan pelajar tentang keadaan sebenar bidang kedoktoran. Di samping itu SKA papar juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan Karate.